TITLE; Aku Rindu.
Saturday, September 28, 2013 | 10:02 PM | 0 comments
Sahabat,Walaupun kita berlainan kelas,
Tetapi kita sungguh akrab,
Walaupun kita berlainan cara pemikiran,
Tetapi kita sungguh rapat.
Empat tahun sudah kita bersama,
Melalui pelbagai suka dan duka.
Empat tahun kita bersama,
Kesana kemari tetap bersama.
Empat tahun sudah cukup untuk kita mengenali hati budi masing.
Empat tahun sudah cukup masak dengan sikap masing masing.
Menangis.
Ketawa.
Sedih.
Kecewa.
Marah.
Terkejut.
Pelbagai cara, gaya dan emosi telah kita kongsikan.
Pelbagai keadaan telah kita lalui.
Kau dan aku,
Sungguh berbeza.
Tapi hati kta tetap serasi.
Empat tahun sudah,
Masing masing sudah cukup dewasa,
Cara pemikiran berubah,
Cara percakapan berubah,
Perwatakan juga berubah.
Sahabatku,
Caramu sungguh matang,
Sungguh aku sayang yang teramat sangat,
Tiap hari kita bersama,
Seperti dakwat dan kertas,
Seperti isi dan kuku,
Tiada kau, tiadalah aku,
Seperti tiada awan, tiadalah hujan,
Dikala kau bersedih, akulah yang dicarimu,
Aku lah pendengar yang ingin mementingkan hatimu,
Sungguh aku inginkan yang terbaik untukmu,
Aku cuba sedaya upayaku untuk memahimu,
Aku cuba sehabis baik untukmu kebahagiaanmu,
Maafkan aku jika aku tidak dapat menjadi seorang sahabat yang kau inginkan,
Maafkan aku...
Aku bukanlah kawan yang baik yang kau perlu banggakan,
Aku bukanlah kawan yang sempurna yang perlu kau sanjungi,
Tiap kali marahku memuncak,
Sungguh aku memerlukan perhatianmu,
Sungguh aku memerlukan pujukanmu,
Sungguh aku memerlukan kelembutanmu,
Bukan kata katamu yang sangat menyakitkan hatiku ketika aku bersedih,
Bukan kata kata dustamu yang ingin kudengar,
Bukan tengkinganmu dan bukan juga kemarahanmu,
Aku cuma ingin kau memahamiku,
Itu sudah cukup buatku,
Kau harus berani,
Kau harus kuat,
Kau harus tabah,
Janganlah dikau sedih ketika aku meninggalkanmu,
Kerana aku bukanlah yang terbaik,
Kerana aku bukanlah yang sempurna,
Aku manusia, hamba Allah yang lemah.
Sahabatku,
Kau sungguh lembut,
Kau sungguh penyayang,
Lima tahun sudah kita bersama,
Pelbagai kisah dikongsi bersama,
Tetapi tidak pernah sekali kita bermasam muka,
Jujur aku terlalu sayangkan kau,
Airmatamu terlalu murah untuk kami bertiga,
Akan kuhargai persahabatan ini,
Janganlah dikau menangis lagi,
Aku sentiasa membantumu untuk bangun semula,
Aku sentiasa ada untukmu berpaut,
Dikala aku dalam kesusahan,
Dikaulah orang pertama yang akan menangisi kesusahanku,
Aku resah,
Aku gelisah,
Aku gundah,
Janganlah dikau bersedih,
Akanku cuba untuk bangun semula,
Untuk kau, diriku, keluargaku dan maruahku,
Kau bagaikan ibuku,
Di saat aku bersedih, bahumu sentiasa kosong untukku,
Terima kasih kerana setia menjadi kawanku,
Terima kasih untuk lima tahun.
Sahabatku,
Kau pendengarku yang setia,
Pandanganmu sentiasa menyokongku,
Terima kasih...
Sungguh aku bersyukur kerana dikau masih tidak bosan mendengar rintihanku,
Pelbagai dugaan terpaksa kau lalui,
Kau sungguh tegas,
Pendirianmu sungguh tetap,
Tetapi..
Tidak banyak kau korbankan untuk persahabatanmu,
Cubalah untuk memikirkan yang terbaik untuk kita,
Kami sungguh merinduimu,
Tolonglah...
Fahami perasaan kami,
Sungguh aku terasa bersalah bila mereka memarahimu,
Kerana kau telah banyak meluangkan masa hanya untuk mendengar rintihanku,
Tetapi, kau sendiri yang tidak memahami waktu kami memerlukanmu,
Tolonglah sahabtku...
Kami merinduimu.
Kau berubah,
Kita berubah,
Aku juga berubah.
Masing masing berpaling muka,
Masing masing mementingkan keadaan,
Masing masing mementingkan orang sekeliling hingga aku dan dia terasa.
Ya,
Aku berubah,
Aku makin matang,
Mungkin ya atau masih juga kebudakan?
Aku tidak seperti dulu yang suka menangis,
Aku lebih gemar berkasar,
Meninggikan suara hingga orang tersalah sangka,
Hingga mereka meninggalkanku untuk sementara,
Kata kataku semakin kasar,
Semakin matang juga,
Atau...
Semakin merepek?
Maafkan aku untuk segalanya.
Aku tertekan.
Dikau semua memaksaku hingga aku tidak mampu.
Dikau semua gemar membuatku kecewa.
Maafkan aku...
Maafkan aku iika aku berdusta.
Memang..
Memang aku kasar,
Aku berpaling muka untuk sesekali.
Tetapi,
Jauh disudut hatiku,
Aku rindu kau.
Aku rindu kita.
Aku rindu persahabatan kita.
Aku rindu belaian kau.
Aku rindu segalanya tentang kita.
Tolong fahami rintihanku.,
Aku rindu kamu bertiga.
Sungguh,
Aku jujur.
Hanya Allah memahami kerinduanku yang maha hebat.
Ya Tuhan,
Kau satukanlah kami berempat semula,
Kau berkatilah persahabatan kami ini.
Kau lindungilah persahabatan ini.
"A good friend always be there when you really in need".
Hargai persahabatanmu selagi dia masih ada di depan mata.
Jangan kau menyesal setelah dia pergi jauh meninggalkanmu.
I love you to the moon and back, loves. ♥♥


Site




